Tiramisu ([tiɾamisu], ejaan Itali: tiramisu; lit "menjemput saya") adalah kek Itali dan pencuci mulut. Ia diperbuat daripada kuih berbentuk jari (Itali: Savoiardi). Dicelup dalam kopi, berlapis dengan campuran disebat kuning telur dan keju mascarpone, dan berperisa dengan koko resipi telah disesuaikan ke dalam pelbagai jenis puding, kek dan lain-lain pencuci mulut.
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
No comments:
Post a Comment