Thursday, 23 August 2012

Nasi Dagang Terengganu



Nasi dagang amat sinonim dengan negeri Terengganu. Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan dan keaslian Nasi Dagang Terengganu yang sememangnya popular dengan keenakannya. Kebiasaannya Nasi Dagang juga menjadi juadah utama ketika menjelang Aidilfitri.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya adalah ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu, acar timun juga turut disediakan.



Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

Untuk nasi:



  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite)  dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah - dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam


Untuk lauk:



  • 4 ekor ikan tongkol yang besar (direbus bersama satu keret besar nisan)
  • segenggam asam gelugur
  • garam secukup rasa

  • p/s: air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti


Untuk Kuah:



  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)

Cara-cara


Cara-cara memasak kuah: 

  • semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  • masak santan hingga naik minyak sedikit kemudian barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  • masak biar lama (api perlahan) 
  • apabila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, 
  • langkah diatas diulang lagi selepas air surut separuh kemuadian baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, 
  • air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.
  • masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam,sehingga kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin

Cara-cara memasak nasi: 

  • beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak. 
  • kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  • kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. 
  • Nasi sudah siap.



No comments:

Post a Comment