Sunday, 26 August 2012

Tiramisu




Tiramisu ([tiɾamisu], ejaan Itali: tiramisu; lit "menjemput saya") adalah kek Itali dan pencuci mulut. Ia diperbuat daripada kuih berbentuk jari (Itali: Savoiardi). Dicelup dalam kopi, berlapis dengan campuran disebat kuning telur dan keju mascarpone, dan berperisa dengan koko  resipi telah disesuaikan ke dalam pelbagai jenis puding, kek dan lain-lain pencuci mulut.





Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...








Saturday, 25 August 2012

Sushi






Sushi
 adalah makanan Jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk (neta) berupa makanan laut, daging,sayuran mentah atau sudah dimasak. Nasi sushi mempunyai rasa masam yang lembut kerana campuran cuka beras, garam, dan gula.

Asal-usul kata sushi adalah kata sifat untuk rasa masam yang ditulis dengan huruf kanji sushi . Pada awalnya, sushi yang ditulis dengan huruf kanji merupakan istilah untuk salah satu jenis pengawetan ikan disebut gyoshō  yang membaluri ikan dengan garam dapur,dan serbuk ragi.

Bahan bahannya

Beras khas utk sushi
2 sudu besar cuka
1 sudu gula
1/2 mangkuk kecil air
Fillet Ketam
Sosej
Zuchini
Telor dadar ( dicampur dgn kicap sushi - shiyo sauce )
Apa apa jua inti yg anda ingin letak
Seaweed


Caranya

A - Cuka, gula dan air disatukan dan gaul sebati

1.Masak beras ikut sukatan yg telah diberi
2.Bila nasi tanak, keluarkan biarkan ia suam kemudian gaul bersama 5 sudu besar campuran A
3.Biarkan ia sebentar
4.Zuchini, Sosej ( direbus sebentar ) fillet ketam dipotong panjang
5.Telur ( pukul telur sebati dgn kicap sushi ) goreng diatas non stick pan
6.Gulung atau potong memanjang

Cara gulung sushi:
1.Ambil sekeping seaweed, sapu diatasnya dengan sedikit bahan A
2.Letak nasi, inti dan gulung ketat agar ianya padat
3.Sapukan pisau dengan sedikit air agar bila potong ianya tidak melekat
4.Enak dimakan bersama wasabe

Spaghetti Bolognese




Spaghetti adalah mi Italia yang berbentuk panjang seperti lidi, yang umumnya di masak 9-12 minit di dalam air mendidih. Al dente yang ertinya tidak melekat di gigi, tidak terlalu mentah ataupun terlalu masak. Cara memakannya bervariasi tetapi yang sangat terkenal adalah Spaghetti ala Bolognese iaitu dengan sos daging cincang lalu ditaburi keju Parmesan parut.


Spaghetti merupakan salah satu jenis pasta yang telah dikenalkan oleh bangsa Itali sejak zaman manusia bercucuk tanam kira-kira 10,000 tahun yang lalu, dari tepung yang dihasilkan lalu diolah dengan sedikit air dan telur menjadi sebuah adunan yang disebut pasta. Lalu digiling tipis menjadi selembar-lembar, yang merupakan induk pasta yang kita kenal sebagai Lasagna. Kemudian baru berkembang jenis-jenis pasta lainnya seperti Fusili, Penne, Tagliatelle dan lain sebagainya.


                                           Resepi Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.


Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Friday, 24 August 2012

Nasi Kerabu



Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.


                                                          Resepi Nasi Kerabu

Bahan-Bahan:~

2 cawan beras
3 cawan air
1 batang serai-di ketuk
2 helai daun limau purut
sedikit pewarna biru

Cara membuat:~

  • Bersihkan beras lalu dimasak seperti biasa.
  • Masukkan serai,daun limau purut dan pewarna biru sehingga masak nasi.
Bahan- bahan sambal kelapa:~

1/2 biji kelapa parut-digoreng tanpa minyak
2 ekor ikan sardin-bakar dan rebus, ambil isinya
1 batang serai- dihiris
5 ulas bawang merah-ditumbuk
sedikit garam

Cara membuat :~

Gaulkan kesemua bahan di atas.

Bahan Untuk kuah:~

1kg santan
4 sudu cili giling(cili boh)
5 biji bawang merah - di tumbuk
1cm halia- ditumbuk
1 batang serai- di ketuk
garam dan gula secukup rasa.

Cara membuat

  1. Tumiskan cili giling,bawang dan halia sampai naik bau.
  2. Masukkan santan,serai,garam dan gula secukup rasa.
  3. Biarkan sehingga pecah minyak, dan biarkan pekat sedikit. Perlahankan api apabila telah mendidih.
  4. Apabila santan telah pekat sehingga menjadi 1/2 kilo santan, tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, 23 August 2012

Tomyam



Tomyam merupakan salah satu hidangan yang popular yang berasal dari Thailand dan Laos. Masakan Tomyam juga turut terkenal di Malaysia dan banyak menjadi hidangan di restoran dan hotel di Malaysia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.


Resepi :

Bahan-bahan :

perencah tomyam:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu udang kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam


bahan-bahan lain:
  • 1/4 ekor ayam
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (potong enam)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi
  • garam
  • daun ketumbar


Cara-cara :
  • Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. 
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 
  • Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air. 
  • Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 
  • Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya. 
  • Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
  • Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
  • Tomyam sedia dihidang.

Nasi Dagang Terengganu



Nasi dagang amat sinonim dengan negeri Terengganu. Sesiapa yang berkunjung ke Terengganu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan dan keaslian Nasi Dagang Terengganu yang sememangnya popular dengan keenakannya. Kebiasaannya Nasi Dagang juga menjadi juadah utama ketika menjelang Aidilfitri.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya adalah ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu, acar timun juga turut disediakan.



Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

Untuk nasi:



  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite)  dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah - dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam


Untuk lauk:



  • 4 ekor ikan tongkol yang besar (direbus bersama satu keret besar nisan)
  • segenggam asam gelugur
  • garam secukup rasa

  • p/s: air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti


Untuk Kuah:



  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)

Cara-cara


Cara-cara memasak kuah: 

  • semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  • masak santan hingga naik minyak sedikit kemudian barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  • masak biar lama (api perlahan) 
  • apabila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, 
  • langkah diatas diulang lagi selepas air surut separuh kemuadian baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, 
  • air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.
  • masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam,sehingga kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin

Cara-cara memasak nasi: 

  • beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak. 
  • kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  • kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. 
  • Nasi sudah siap.